Rabu, 26 Ogos 2020

KEPENTINGAN MEMBUAT REKOD BULANAN ALIRAN WANG TUNAI

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI



Bagi kebanyakan orang, tarikh akhir bagi sesuatu bulan adalah hari yang paling baik untuk merekod segala pergerakan wang tunai yang mengandungi jumlah pendapatan dan perbelanjaan bagi bulan tersebut. Mungkin ada yang mempunyai lebihan baki (surplus), ada juga yang mempunyai rekod yang berimbang dan berkemungkinan besar juga mempunyai baki yang negatif!

Sebenarnya bagi anda yang mempunyai rekod kewangan yang berimbang ataupun negatif, jika dinilai daripada segi kedudukan kewangan, anda telah diberikan tanda-tanda awal bahawa anda sedang mengalami masalah kewangan. Seseorang yang dapat menguruskan kewangannya dengan baik, beliau akan memastikan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pendapatan bersih dapat dialihkan kedalam akaun simpanan bagi tujuan menampung keperluan atau perbelanjaan di waktu-waktu kecemasan.

Adakah anda perasan bahawa sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus (70%) atau lebih daripada aliran wang tunai keluar (perbelanjaan) adalah disebabkan pembelian hasil aktiviti pemasaran dan jualan orang lain!

Jadi, sekiranya anda tergolong dalam kategori orang-orang yang mempunyai rekod kewangan yang berimbang ataupun negatif, anda sepatutnya telah bertindak untuk berbuat sesuatu iaitu dengan kaedah;

  1. Memotong belanjawan - iaitu dengan memotong perbelanjaan yang tidak perlu ataupun bukan keperluan. Dahulukan kepada perbelanjaan keperluan, kemudian disusuli dengan perbelanjaan kehendak dan kemudian barulah kepada lain-lain perbelanjaan untuk tujuan gaya hidup.
  2. Menambahkan Sumber Pendapatan - iaitu dengan melakukan kerja-kerja tambahan yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan/sampingan selepas waktu bekerja bagi seseorang yang berpendapatan tetap. Ataupun bagi yang berniaga, mempelbagaikan lagi aktiviti bisnes bagi meraih pendapatan tambahan.
Saya ingin berkongsi sebuah rakaman video oleh rakan saya, Sdr. Zulkfle bin Abd Galib berkenaan dengan sembang-sembang tentang Pengurusan Aliran Wang Tunai. Semoga perkongsian membawa manfaat.

SILA KLIK DISINI : [+] 


"SARAN MANFAAT DAN SANGGAH MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (Admin Solusi Bijak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED

PROGRAM KEAHLIAN MY COOP MED disediakan khusus kepada Ahli Koperasi serta ahli keluarga mereka. Program ini mengandungi Empat (4) manfaat ...