PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED
PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED disediakan khusus kepada Ahli Koperasi serta ahli keluarga mereka. Program ini mengandungi Empat (4) manfaat utama iaitu Pelan Kemasukan Hospital & Pembedahan Berkelompok (GHS), Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (GFT), MyAngkasa Mukmin dan Pesanku.
1. PELAN KEMASUKAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN BERKELOMPOK (GHS)
Pelan ini membayar perbelanjaan bil kemasukan hospital dan pembedahan, sebagaimana manfaat yang disediakan dibawah Sijil Takaful, tertakluk kepada terma dan syarat.
2. PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (GFT)
Pelan ini menyediakan perlindungan takaful kepada ahli yang dilindungi (Covered Member). Pelan ini memberikan pembayaran sekaligus jika berlaku kematian, Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), Hilang Upaya Separa Kekal (PPD) disebabkan oleh sebab-sebab Semulajadi atau Penyakit atau Kemalangan dan Manfaat Penyakit Peringkat Akhir (Terminal Illness).
Dalam pelan ini juga disediakan pembayaran sekaligus ke atas perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM10,000 dibawah pelan GHS dan RM5,000 dibawah pelan GFT. Sekiranya pengkebumian jenazah diuruskan oleh MyAngkasa Mukmin, maka manfaat RM5,000 dibawah GFT akan dibayar terus kepada MyAngkasa Mukmin.
3. MYANGKASA MUKMIN
MyAngkasa Mukmin menyediakan produk yang sangat inovatif dengan menyediakan perkhidmatan professional terhadap pengurusan jenazah dan pengkebumian kepada ahli. Perkhidmatan ini diketahui dan dikenali oleh mufti-mufti di seluruh negara dan disokong oleh lebih 300 Pengurus Pengkebumian di seluruh negara.
MyAngkasa Mukmin menawarkan khidmat ini secara tanpa tunai (cashless). Perkhidmatan ini juga menyediakan pengurusan membawa balik jenazah pada kos yang sangat minimal jika diperlukan untuk dibawa balik ke negara asal.
4. PESANKU
Pesanku merupakan suatu produk inovatif dengan menyediakan dokumen penulisan wasiat, hibah dan harta milik bersama. Produk ini hanya disediakan bagi ahli yang beragama Islam di Malaysia.
"PERKHIDMATAN URUS BADAL HAJI PERCUMA BAGI AHLI YANG MENYERTAI PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED INI"
Kami, Solusi Bijak Resources and Consultancy merupakan Agency Director (Pengarah Agensi) yang dilantik oleh MYKHAIRAT MANAGEMENT SERVICES SDN BHD (771885-X) bagi memasarkan dan menjual produk dibawah Program Keahlian MyCoopMed. Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Program Keahlian MyCoopMed ini, anda boleh membuat temujanji dengan syarikat kami di talian 0197104510, 0197105048 dan 0199842402.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan