Rabu, 12 Ogos 2020

ILMU BERKAITAN PEMASARAN & JUALAN (SIRI 1)


Ilmu berkaitan Pemasaran & Jualan (Marketing & Sales) bukan terhad kepada orang berbisnes sahaja. Ianya untuk semua!

Dalam Pemasaran dan Jualan, terdapat "TINDANAN" yang berlaku diantara keduanya iaitu;

  1. Pendapatan
  2. P(s) = P yang banyak
Huraian;

1. Pendapatan;

Dalam Buku bertajuk CASHFLOW QUADRANT yang ditulis oleh Mr. Robert T. Kiyosaki, beliau menyatakan terdapat 4 quadrant bagaimana pendapatan dijana iaitu melalui konsep ESBI iaitu EMPLOYEE (E), SELF-EMPLOYED (S), BUSINESS OWNER (B) DAN INVESTOR (I)

Sebahagian besar daripada kita mungkin memulakan kerjaya sebagai pekerja (Employee) seawal umur 18, 21 atau 23 tahun. Dan dengan menggunakan pengalaman kerja yang diperolehi, seseorang mungkin berpindah kerja kepada majikan yang lain bagi tujuan meningkatkan pendapatan, manakala yang lain untuk kekal bersama majikan sedia ada.

Mungkin di atas faktor-faktor yang lain, seseorang itu ingin menggunakan kepakaran, kemahiran serta pengalaman untuk bekerja sendiri (Self-Employed), malah ianya mungkin berkembang sehingga menjadi Pemilik Perniagaan (Business Owner).

Ada juga kemungkinan seseorang itu mempunyai kelebihan dalam pendapatan sehingga mendorong beliau untuk menjadi seorang Pelabur (Investor).

Secara rumusannya, pendapatan boleh diperolehi melalui 4 cara sebagaimana dalam konsep Four Quadrant of Cashflow/Income iaitu;

  1. Pekerja (Employee)
  2. Bekerja Sendiri (Self-Employed)
  3. Pemilik Bisnes ( Business Owner)
  4. Pelabur
Moga bermanfaar perkongsiaan kami kali ini.

SARAN MANFAAT, SANGGAH MUDHARAT

SALAM  HORMAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED

PROGRAM KEAHLIAN MY COOP MED disediakan khusus kepada Ahli Koperasi serta ahli keluarga mereka. Program ini mengandungi Empat (4) manfaat ...