Rabu, 26 Ogos 2020

KERJAYA PART-TIME : APAKAH PERSEDIAAN YANG ANDA PERLU PERSIAPKAN?



ANALISA KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA

Pemotongan Gaji oleh majikan, pemberhentian pekerjaan atau perniagaan terpaksa ditutup akibat gangguan ekonomi dan wabak penyakit telah menjejaskan punca pendapatan utama bagi ramai individu pada masa kini.

Perbelanjaan Wajib bagi memenuhi keperluan hidup seperti pembayaran ansuran bulanan rumah dan kenderaan, bil-bil utiliti, perbelanjaan persekolahan anak-anak serta perbelanjaan makan-minum keluarga merupakan suatu perbelanjaan yang suka atau tidak terpaksa kita adakan demi kelangsungan hidup.

Bagaimana mungkin dengan sumber utama punca pendapatan samada dalam bentuk penggajian, upah ataupun jualan semakin berkurang akibat daripada punca-punca disebutkan di atas.

Apa perancangan ANDA seterusnya? Adakah ingin mencari sumber-sumber pendapatan tambahan?

PERSEDIAN UNTUK MENCARI KERJAYA PART-TIME

Mungkin pada hari ini sudah ada dikalangan kita yang telah mula merancang untuk menambahkan pendapatan melalui kerjaya part-time. Namun, sebelum membuat apa-apa keputusan secara terburu-buru, kita harus membuat analisa tentang potensi pendapatan yang bakal diperolehi berdasarkan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan dengan mengambil kira Faktor 5W 1H iaitu What, Why, Who, Where, When dan How.

Selain daripada faktor-faktor tersebut, beberapa persediaan lain yang perlu dibuat walaupun ingin bekerjaya part-time seperti Modal yang terdiri daripada komponen duit, masa, tenaga fizikal dan mental dan lain-lain.

Semua rahsia dan perkara-perkara ini telah didedahkan oleh sahabat dan rakan niaga saya iaitu Saudara Zulkfle Abd Galib dalam rakaman video berkenaan Mengenal Pasti Potensi dan Persediaan bagi Kerjaya Part-Time.

Saya kongsikan link video berkenaan :


"SARAN MANFAAT, SANGGAH MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (ADMIN)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED

PROGRAM KEAHLIAN MY COOP MED disediakan khusus kepada Ahli Koperasi serta ahli keluarga mereka. Program ini mengandungi Empat (4) manfaat ...