Rabu, 26 Ogos 2020

PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED

PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED disediakan khusus kepada Ahli Koperasi serta ahli keluarga mereka. Program ini mengandungi Empat (4) manfaat utama iaitu Pelan Kemasukan Hospital & Pembedahan Berkelompok (GHS), Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (GFT), MyAngkasa Mukmin dan Pesanku.

1.    PELAN KEMASUKAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN BERKELOMPOK (GHS)

Pelan ini membayar perbelanjaan bil kemasukan hospital dan pembedahan, sebagaimana manfaat yang disediakan dibawah Sijil Takaful, tertakluk kepada terma dan syarat.

2.    PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (GFT)

Pelan ini menyediakan perlindungan takaful kepada ahli yang dilindungi (Covered Member). Pelan ini memberikan pembayaran sekaligus jika berlaku kematian, Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), Hilang Upaya Separa Kekal (PPD) disebabkan oleh sebab-sebab Semulajadi atau Penyakit atau Kemalangan dan Manfaat Penyakit Peringkat Akhir (Terminal Illness).

Dalam pelan ini juga disediakan pembayaran sekaligus ke atas perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM10,000 dibawah pelan GHS dan RM5,000 dibawah pelan GFT.  Sekiranya pengkebumian jenazah diuruskan oleh MyAngkasa Mukmin, maka manfaat RM5,000 dibawah GFT akan dibayar terus kepada MyAngkasa Mukmin.

3.    MYANGKASA MUKMIN

MyAngkasa Mukmin menyediakan produk yang sangat inovatif dengan menyediakan perkhidmatan professional terhadap pengurusan jenazah dan pengkebumian kepada ahli. Perkhidmatan ini diketahui dan dikenali oleh mufti-mufti di seluruh negara dan disokong oleh lebih 300 Pengurus Pengkebumian di seluruh negara.

MyAngkasa Mukmin menawarkan khidmat ini secara tanpa tunai (cashless). Perkhidmatan ini juga menyediakan pengurusan membawa balik jenazah pada kos yang sangat minimal jika diperlukan untuk dibawa balik ke negara asal.

4.    PESANKU

Pesanku merupakan suatu produk inovatif dengan menyediakan dokumen penulisan wasiat, hibah dan harta milik bersama. Produk ini hanya disediakan bagi ahli yang beragama Islam di Malaysia.

"PERKHIDMATAN URUS BADAL HAJI PERCUMA BAGI AHLI YANG MENYERTAI PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED INI"

Kami, Solusi Bijak Resources and Consultancy merupakan Agency Director (Pengarah Agensi) yang dilantik oleh SELEKSI CEMARA SDN BHD bagi memasarkan dan menjual produk dibawah Program Keahlian MyCoopMed. Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Program Keahlian MyCoopMed ini, anda boleh membuat temujanji dengan syarikat kami di talian 0197104510, 0197105048 dan 0199842402 

UNTUK BROSUR PRODUK ANDA BOLEH DOWNLOAD DI LINK BERIKUT : https://drive.google.com/file/d/1vFgH0n9V9dZqDQ4SZ6TZqOv5lgtVsyX4/view?usp=sharing







RAHSIA 6S DALAM KERJAYA PEMASARAN DAN JUALAN

 


RAHSIA 6S

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk BEKERJA SENDIRI (SELF-EMPLOYED) dalam sektor Pemasaran dan Jualan, anda perlu bermotivasi sepanjang masa untuk menghasilkan pendapatan.

PERLU DIINGAT;

  • masa adalah wang, oleh itu jangan dibazirkan begitu sahaja.
  • anda perlu sentiasa melakukan aktiviti jualan dan sentiasa bersaing dengan orang lain.
  • sekiranya anda sangat berjaya pada hari ini, anda tidak boleh beranggap adanya pelanggan pada hari esok.
  • ianya adalah perniagaan milik anda sepenuhnya, namun pelanggan anda adalah salah seorang "In-Charge Person".
  • Tidak kira betapa berjayanya anda sekarang, ianya tidak akan ada keadaan selamat yang berkekalan.
Sebagai seorang yang BEKERJA SENDIRI (SELF-EMPLOYED), anda akan melalui beberapa Fasa Perubahan 6S iaitu :

1) START
2) STRUGGLE
3) SURVIVE
4) STRIDE
5) SUCCESS
6) SUCCESSION

Menurut kajian, seseorang akan mengambil masa 36 bulan daripada anda "START" sehingga anda boleh "SURVIVE". Namun tempoh tersebut boleh dikurangkan/disingkatkan dengan beberapa bimbingan.

Ikuti perkongsian kami melalui rakaman video yang bertajuk : Rahsia 6S Dalam Kerjaya Pemasaran dan Jualan.

"SARAN MANFAAT, SANGGAH MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (ADMIN)

PENGGUNAAN KONSEP 6P DALAM MERANCANG PEMASARAN



KONSEP "P" YANG BANYAK DALAM PEMASARAN

Sekiranya anda terlibat dalam bidang Pemasaran dan Jualan, perkara yang diutamakan adalah untuk menghasilkan pendapatan.

Selalunya kita menilai pendapatan berdasarkan jumlahnya untuk tempoh masa tertentu bagi membuat pertimbangan sama ada perniagaan itu sesuai untuk diwarisi ataupun tidak.

Kejayaan sesebuah perniagaan adalah berdasarkan perancangan melalui kaedah atau konsep "P" yang banyak atau kami olah menjadi 6P. Salah satu "P" adalah PEOPLE, kerana kita ingin mengenal pasti golongan manakah yang menjadi sasaran jualan produk kita.

Sebagai contoh di dalam negara kita terdapat golongan generasi yang terdiri dari Generasi Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y dan Generasi Z.

Mari kita pelajari konsep 'P' yang banyak ini melalui rakaman video yang bertajuk : Kaedah 6P dalam Pelan Pemasaran dan Motivasi Mikro (Pendapatan).



"SARAN MANFAAT, SARAN MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (ADMIN)

FAKTOR MOTIVASI MAKRO DAN MIKRO UNTUK MERANGSANG DIRI MENCARI PENDAPATAN



TO MAKE GAIN AND/OR TO AVOID PAIN

Apakah yang sedang anda niagakan sekarang ini?

Kadang-kadang hadir murung bila apa yang diusahakan dalam bentuk jualan belum terhasil menjadi bentuk pendapatan. Itulah sebabnya kita perlukan suntukan motivasi dengan mengenali Faktor-Faktor Makro dan Mikro supaya kita terus bermotivasi.

Saya kongsikan rakaman video berikut untuk panduan saudara dan saudari di luar sana:



'SARAN MANFAAT, SANGGAH MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (ADMIN)

KERJAYA PART-TIME : APAKAH PERSEDIAAN YANG ANDA PERLU PERSIAPKAN?



ANALISA KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA

Pemotongan Gaji oleh majikan, pemberhentian pekerjaan atau perniagaan terpaksa ditutup akibat gangguan ekonomi dan wabak penyakit telah menjejaskan punca pendapatan utama bagi ramai individu pada masa kini.

Perbelanjaan Wajib bagi memenuhi keperluan hidup seperti pembayaran ansuran bulanan rumah dan kenderaan, bil-bil utiliti, perbelanjaan persekolahan anak-anak serta perbelanjaan makan-minum keluarga merupakan suatu perbelanjaan yang suka atau tidak terpaksa kita adakan demi kelangsungan hidup.

Bagaimana mungkin dengan sumber utama punca pendapatan samada dalam bentuk penggajian, upah ataupun jualan semakin berkurang akibat daripada punca-punca disebutkan di atas.

Apa perancangan ANDA seterusnya? Adakah ingin mencari sumber-sumber pendapatan tambahan?

PERSEDIAN UNTUK MENCARI KERJAYA PART-TIME

Mungkin pada hari ini sudah ada dikalangan kita yang telah mula merancang untuk menambahkan pendapatan melalui kerjaya part-time. Namun, sebelum membuat apa-apa keputusan secara terburu-buru, kita harus membuat analisa tentang potensi pendapatan yang bakal diperolehi berdasarkan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan dengan mengambil kira Faktor 5W 1H iaitu What, Why, Who, Where, When dan How.

Selain daripada faktor-faktor tersebut, beberapa persediaan lain yang perlu dibuat walaupun ingin bekerjaya part-time seperti Modal yang terdiri daripada komponen duit, masa, tenaga fizikal dan mental dan lain-lain.

Semua rahsia dan perkara-perkara ini telah didedahkan oleh sahabat dan rakan niaga saya iaitu Saudara Zulkfle Abd Galib dalam rakaman video berkenaan Mengenal Pasti Potensi dan Persediaan bagi Kerjaya Part-Time.

Saya kongsikan link video berkenaan :


"SARAN MANFAAT, SANGGAH MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (ADMIN)

PANDEMIK COVID-19 : CABARAN MENGHADAPI SITUASI PENGANGGURAN MALAYSIA

 


UNJURAN PENGANGGURAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19

Mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, pada bulan Mac, 2020 terdapat 610,000 jumlah rakyat yang menganggur dan angka ini dijangka meningkat sehingga lebih 2 juta orang untuk keseluruhan tahun 2020.

Ini bukan NEW NORMAL tapi UNUSUAL/UNNATURAL/EXCEPTIONAL/ABNORMAL, namun ianya boleh diterima akibat terdapat krisis wabak dan ekonomi yang berlaku serentak.

APA TINDAKAN ANDA JIKA TERGOLONG DALAM KATEGORI INI?

  1. Buat sesuatu apabila melihat sesuatu berlaku?
  2. Hanya melihat/menyaksikan sesuatu berlaku
  3. Tertanya-tanya apa yang berlaku
Saya menjangkakan lebih banyak igauan selepas ini iaitu;

  1. Peningkatan kadar NPL (Non-Performing Loan) selepas tempoh Moratorium tamat.
  2. Kuasa membeli rakyat semakin melemah.
  3. Peningkatan kes-kes jenayah keluarga dan sivil.
  4. Peningkatan kes-kes penceraian.
  5. Peningkatan kes gejala kemurungan dan stress melampau
  6. Lebih banyak bisnes terkeluar daripada persaingan liga pendigitalan dan edagang
  7. dan lain-lain
"COVID TELAH MENYEBABKAN REVOLUSI DALAM SOSIAL DAN EKONOMI. MAKA SETIAP INDIVIDU DAN BISNES PERLUKAN TRANSFORMASI! ADAPTASI SEGALA PERUBAHAN DENGAN BERUBAH!

SIAPAKAH KITA DALAM 5 TAHUN LAGI???

Disini saya kongsikan rakaman video yang bertajuk : Siapa Kita Dalam 5 Tahun lagi? Mengolah Perubahan Dalam Fasa Kehidupan - Sdr Zulkfle Abd Galib


"SARAN MANFAAT, SANGGAH MUDHARAT"

- Raja Mansor (Admin)

KEPENTINGAN MEMBUAT REKOD BULANAN ALIRAN WANG TUNAI

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI



Bagi kebanyakan orang, tarikh akhir bagi sesuatu bulan adalah hari yang paling baik untuk merekod segala pergerakan wang tunai yang mengandungi jumlah pendapatan dan perbelanjaan bagi bulan tersebut. Mungkin ada yang mempunyai lebihan baki (surplus), ada juga yang mempunyai rekod yang berimbang dan berkemungkinan besar juga mempunyai baki yang negatif!

Sebenarnya bagi anda yang mempunyai rekod kewangan yang berimbang ataupun negatif, jika dinilai daripada segi kedudukan kewangan, anda telah diberikan tanda-tanda awal bahawa anda sedang mengalami masalah kewangan. Seseorang yang dapat menguruskan kewangannya dengan baik, beliau akan memastikan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pendapatan bersih dapat dialihkan kedalam akaun simpanan bagi tujuan menampung keperluan atau perbelanjaan di waktu-waktu kecemasan.

Adakah anda perasan bahawa sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus (70%) atau lebih daripada aliran wang tunai keluar (perbelanjaan) adalah disebabkan pembelian hasil aktiviti pemasaran dan jualan orang lain!

Jadi, sekiranya anda tergolong dalam kategori orang-orang yang mempunyai rekod kewangan yang berimbang ataupun negatif, anda sepatutnya telah bertindak untuk berbuat sesuatu iaitu dengan kaedah;

  1. Memotong belanjawan - iaitu dengan memotong perbelanjaan yang tidak perlu ataupun bukan keperluan. Dahulukan kepada perbelanjaan keperluan, kemudian disusuli dengan perbelanjaan kehendak dan kemudian barulah kepada lain-lain perbelanjaan untuk tujuan gaya hidup.
  2. Menambahkan Sumber Pendapatan - iaitu dengan melakukan kerja-kerja tambahan yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan/sampingan selepas waktu bekerja bagi seseorang yang berpendapatan tetap. Ataupun bagi yang berniaga, mempelbagaikan lagi aktiviti bisnes bagi meraih pendapatan tambahan.
Saya ingin berkongsi sebuah rakaman video oleh rakan saya, Sdr. Zulkfle bin Abd Galib berkenaan dengan sembang-sembang tentang Pengurusan Aliran Wang Tunai. Semoga perkongsian membawa manfaat.

SILA KLIK DISINI : [+] 


"SARAN MANFAAT DAN SANGGAH MUDHARAT"

- RAJA MANSOR (Admin Solusi Bijak)

PROGRAM KEAHLIAN MYCOOPMED

PROGRAM KEAHLIAN MY COOP MED disediakan khusus kepada Ahli Koperasi serta ahli keluarga mereka. Program ini mengandungi Empat (4) manfaat ...